game-negaraku.com ← Kembali ke laman utama

Panduan Peserta & Penganjur

Cara guna game-negaraku.com langkah demi langkah. Nama butang dalam panduan ini sama seperti di laman. Kemas kini: Oktober 2026.

♟ Saya pesertaDaftar, bayar keahlian, sertai liga, hantar skor, sijil & pangkat. 🚩 Saya penganjurBuka liga, undian, urus keputusan, carta, banner & sijil.

Panduan Peserta

Menu utama: Dashboard Akaun Liga Hantar Skor Leaderboard Sembang. Di telefon, menu berada di bar bawah skrin.

1

Daftar akaun (percuma)

  1. Buka game-negaraku.com/#daftar atau tekan Log masuk / Daftar.
  2. Isi nama penuh, nama samaran (dipaparkan dalam liga), emel, no. telefon, negeri dan kata laluan.
  3. Jika anda dijemput oleh penganjur, masukkan kod referral mereka (cth GNK-XXXXXX). Pautan jemputan penganjur mengisinya secara automatik.
  4. Sahkan emel jika diminta, kemudian log masuk.

Akaun percuma boleh lihat liga, jadual, keputusan, kedudukan, guna AI Coach dan sembang, serta buka liga sebagai penganjur.

2

Aktifkan keahlian (untuk bertanding)

  1. Pergi ke Akaun dan tekan Aktifkan keahlian (atau Yuran ahli).
  2. Pilih pelan: Percubaan RM5 / 1 bulan (ahli baru, sekali sahaja), atau RM8.60 / 4 bulan, RM17.20 / 8 bulan, RM25.80 / 12 bulan.
  3. Bayar di halaman CHIP melalui FPX (perbankan internet), kad atau e-dompet (DuitNow QR).
  4. Anda dibawa kembali ke laman dan keahlian aktif serta-merta. Resit dihantar ke emel anda.
Sudah bayar tetapi status belum aktif? Buka semula halaman Akaun; sistem menyemak bayaran tertunggak secara automatik. Jika masih belum aktif, hubungi admin melalui WhatsApp dengan resit CHIP. Jangan bayar kali kedua.
3

Cari & sertai liga

  1. Buka Liga dan pilih liga yang masih dibuka untuk pendaftaran (atau imbas kod QR pada banner penganjur).
  2. Baca maklumat: tarikh, lokasi, format, hadiah, yuran tambahan penganjur (jika ada) dan syarat.
  3. Tekan Sertai liga, baca syarat, tanda setuju dan sahkan.

Liga beregu (2 orang)

  1. Minta kod ahli pasangan anda. Pasangan boleh lihat kodnya di Akaun (Kod Referral, cth GNK-A1B2C3).
  2. Ketua pasukan tekan Sertai liga, masukkan kod pasangan dan tekan Semak.
  3. Isi nama kelab / pasukan (pilihan, cth "Red Eagle / PCC"), tanda setuju syarat, kemudian tekan Daftar pasukan.

Kedua-dua pemain mesti ahli aktif. Nama kelab boleh ditambah atau diubah kemudian di tab Peserta.

4

Semak jadual, masa & meja

  • Selepas penganjur memulakan pertandingan, buka liga anda: tab Jadual & keputusan menunjukkan lawan, masa dan nombor meja.
  • Untuk kalah mati, tab Bracket memaparkan carta penuh. Pemenang mara secara automatik.
  • Perlawanan anda juga tersenarai di Akaun (Perlawanan & keputusan saya).
5

Hantar skor selepas bermain

  1. Tekan Hantar skor pada perlawanan anda (atau buka menu Hantar Skor).
  2. Isi keputusan setiap pusingan atau game:
    • Karom Format Tempatan: terbaik daripada 3 pusingan; seri 1-1 diputuskan dengan pusingan penentu.
    • Catur: 1-0 (Putih menang), 0-1 (Hitam menang) atau ½-½. Pilihan: muat naik PGN untuk main semula.
    • Dam Aji: terbaik daripada 3 game.
  3. Keputusan jadi rasmi bila penganjur meluluskan, atau bila lawan mengesahkan (disahkan automatik selepas 24 jam), ikut tetapan liga.
  4. Jika keputusan yang dihantar lawan salah, tekan Pertikai dan nyatakan sebab. Penganjur akan memutuskan.

Liga dalam talian: Log perlawanan & bukti

Untuk liga yang ada tempoh setiap pusingan, setiap perlawanan memaparkan "Hubungi lawan sebelum …" dan "Tamat …". Tekan Log & bukti pada perlawanan anda:

📨 Ajak lawanPilih 1–2 cadangan masa, tekan Rekod ajakan. Buat dalam tempoh had hubungi (cth 48 jam).
✅ Setuju masaLawan tekan salah satu cadangan masa anda.
🙋 Check-inTekan pada masa yang dipersetujui, bila anda sedia bermain.
🚫 Lawan tak munculTekan jika lawan tidak muncul 15 minit selepas masa yang dipersetujui.
📎 Bukti / notaTampal pautan (permainan Lichess, gambar, video) atau nota.
🔍 Semak Lichess(Catur) sistem cari permainan anda dengan lawan di Lichess, kemudian tekan Hantar keputusan ini.
Masa log direkod oleh pelayan dan tidak boleh diubah atau dipadam. Jika tiada sesiapa mengajak dalam tempoh had hubungi, kedua-dua pemain boleh dikira kalah (0F-0F). Jika anda mengajak tetapi lawan senyap, anda boleh diberi menang walkover.
6

Kedudukan, pangkat & sijil

  • Kedudukan liga: tab Kedudukan dalam liga. Kedudukan umum: menu Leaderboard.
  • Pangkat Pahlawan Melayu: Akaun → Info Pangkat. Anak Murid → Pendekar Muda (3 perlawanan) → Pendekar (15) → Hulubalang (podium) → Panglima (juara 1) → Laksamana (juara 3) → Mahaguru (juara 5 & 50 perlawanan).
  • Sijil: jika anda menang tempat, buka Akaun → Pencapaian & hadiah → tekan butang Sijil untuk cetak atau simpan PDF.

Panduan Penganjur

Sesiapa yang ada akaun boleh menjadi penganjur. Anda tidak perlu keahlian berbayar untuk membuka liga.

1

Buka liga

Pergi ke Liga → Buka Liga Sendiri, kemudian isi borang:

RuanganPilihan & nasihat
PermainanKarom (Format Tempatan / Antarabangsa ICF), Dam Aji atau Catur (dengan kawalan masa).
FormatKalah mati (bracket) · Liga (semua bertemu semua) · Liga 2 pusingan · Kumpulan + kalah mati · Sistem Swiss.
PenyertaanIndividu (seorang) atau Beregu (2 orang sepasukan).
Susunan benih / cabutanCabutan rawak (web buat undian) · Ikut susunan pendaftaran · Undian luar talian (anda buat undian di tapak, kemudian masukkan nombor) · Ikut rating (catur).
Pengesahan keputusanPenganjur luluskan (disyorkan) atau Lawan sahkan (auto 24 jam).
Mod, lokasi, tarikh, had pesertaFizikal / Online / Hibrid. Untuk karom di tapak, isi masa mula, minit setiap main dan bilangan meja supaya jadual masa & meja dijana automatik.
Had & tutup pendaftaranIsi Had peserta, atau tanda Tanpa had peserta untuk penyertaan terbuka (sesuai dengan format Swiss, kerana bilangan pusingan tetap walau berapa ramai peserta). Tarikh tutup pendaftaran (pilihan) mesti pada atau sebelum tarikh mula; selepas hari itu butang Sertai ditutup automatik. Penganjur masih boleh tambah peserta.
Syarat pertandinganPilih templat: Kejohanan di satu lokasi (sehari) atau Liga fleksibel ikut tempoh hari. Untuk liga fleksibel, pilih Tempoh pertandingan: 7, 10, 14, 20, 30 (sebulan), 40 atau 60 hari, atau Tetapkan sendiri (1 hingga 365 hari). Tarikh akhir dikira dari tarikh mula. Tekan Guna, kemudian ubah teks ikut keperluan. Tarikh tamat dipaparkan di halaman liga dan banner. Peserta wajib setuju sebelum mendaftar.
Hadiah ikut tempatSehingga 10 tempat. Dipaparkan di halaman liga, banner dan sijil.
Yuran tambahan penganjurPilihan, cth RM5 untuk pengurusan referee. Dikutip sendiri oleh anda (tunai di tapak), berasingan daripada keahlian.
Nota tambahan pada bannerPilihan, cth "Makan tengah hari disediakan".

Tekan Buka liga. Anda akan dapat pautan liga untuk dikongsi.

2

Promosi & kumpul peserta

  • Tekan Banner & QR di halaman liga untuk muat turun banner siap dengan kod QR, hadiah dan yuran. Kongsi di WhatsApp, Facebook atau cetak untuk ditampal.
  • Pautan dan kod QR anda mengandungi kod referral anda. Jika sekurang-kurangnya 10 peserta liga anda (30 hari terakhir) mendaftar guna kod anda, keahlian penganjur anda percuma.
  • Pantau pendaftaran di tab Peserta. Anda boleh membuang peserta dan mengubah nama kelab sebelum pertandingan bermula. Untuk catur, isi atau tarik rating.
3

Mulakan pertandingan

  • Cabutan rawak / ikut daftar / rating: tekan Mula pertandingan & jana jadual. Pendaftaran ditutup dan jadual atau carta dijana automatik.
  • Undian luar talian: buat undian di tapak (cth setiap pasukan cabut nombor), kemudian tekan Masukkan undian & mula pertandingan dan isi nombor setiap pasukan.
    • Kalah mati: nombor 1 lawan 2, 3 lawan 4 dan seterusnya, ikut carta dari atas ke bawah.
    • Jika pasukan tidak cukup (cth 25 pasukan dalam carta 32), nombor yang kosong menjadi BYE dan lawannya mara terus. Jangan biarkan dua nombor berpasangan kedua-duanya kosong.
    • Semak pratonton pusingan pertama, kemudian tekan Sahkan undian & mula pertandingan.
4

Urus keputusan semasa pertandingan

  • Bar "keputusan menunggu tindakan" menunjukkan skor yang perlu dilulus. Tekan Luluskan atau Tolak.
  • Pemain tiada telefon atau tidak hantar skor? Tekan Tetapkan keputusan dan masukkan sendiri. Tanda Walkover jika pemain tidak hadir.
  • Tersilap? Edit keputusan atau Set semula.
  • Ubah masa atau meja: Masa & meja pada perlawanan.
  • Pemain menarik diri: tab Peserta → Tarik diri.
  • Sistem Swiss: selepas semua perlawanan pusingan disahkan, tekan Jana pusingan Swiss seterusnya.
  • Kumpulan + kalah mati: selepas peringkat kumpulan selesai, tekan Jana peringkat kalah mati.
  • Siaran langsung: Tambah siaran langsung dan tampal pautan TikTok, YouTube atau Facebook Live.
5

Tamatkan & umumkan juara

  • Kalah mati: tamat automatik bila keputusan final disahkan. Johan, naib johan dan tempat ketiga direkod.
  • Liga / Swiss: tekan Tamatkan & umum juara. Kedudukan akhir dikira ikut mata dan tie-break.
  • Juara dan hadiah dipaparkan di halaman liga, dan dikira dalam pangkat pemain.
6

Cetak carta, borang & sijil

  • Senarai pairing dan Borang keputusan (tab Jadual): untuk ditampal dan diisi di meja.
  • Cetak carta (A4) (tab Bracket): carta kalah mati bergaris, A4 melintang, dengan nama kelab.
  • Cetak kedudukan (tab Kedudukan).
  • Cetak sijil: sijil pencapaian (johan & tempat) dan sijil penyertaan. Anda boleh menukar kepada nama penuh, mengisi dua tandatangan (cth Penganjur & Ketua Pengadil) dan tarikh. Setiap sijil ada kod QR semakan. Tekan Jana sijil, kemudian cetak atau simpan PDF.

Liga catur online di Lichess

Pertandingan diurus di game-negaraku.com (pendaftaran, pairing, keputusan, carta, sijil), manakala permainan dimainkan di lichess.org (percuma).

Peserta

  1. Akaun → isi Nama pengguna Lichess → tekan Tarik rating dari Lichess. Rating Bullet, Blitz, Rapid dan Classical anda disimpan.
  2. Sertai liga seperti biasa. Rating dan nama Lichess anda disalin ke liga secara automatik.
  3. Bila pairing keluar, tekan Cabar di Lichess pada perlawanan anda untuk membuka profil lawan, kemudian cabar dengan kawalan masa liga.
  4. Selepas bermain, Hantar skor dan tampal pautan permainan Lichess (cth https://lichess.org/abc123xy) supaya penganjur boleh semak.

Penganjur

  1. Buka Liga Sendiri: Permainan Catur, kawalan masa (cth Blitz 5+3), Format Sistem Swiss atau Liga, Mod Online.
  2. Susunan benih: Ikut rating (catur). Sumber rating: Lichess. Kategori dipilih automatik ikut kawalan masa (cara kiraan Lichess: Bullet, Blitz, Rapid atau Classical).
  3. Dalam syarat, nyatakan: "Main di Lichess; nama pengguna Lichess wajib diisi di Akaun".
  4. Sebelum mula, buka tab Peserta dan tekan Kemas kini terus dari Lichess untuk ambil rating terkini semua peserta. Peserta tanpa nama Lichess akan diletak di bawah; minta mereka isi di Akaun, kemudian tekan Tarik rating dari akaun ahli.
  5. Semak pautan permainan Lichess sebelum Luluskan. Untuk Swiss, tekan Jana pusingan Swiss seterusnya selepas setiap pusingan.
Untuk beregu, rating pasukan ialah purata rating Lichess kedua-dua pemain.

Resipi: Liga Lichess Swiss tanpa had peserta

Lawan orang yang sama sekali sahaja, warna putih/hitam automatik, peserta tanpa had. Pilih Sistem Swiss:

Lawan sama sekali sahajaYa. Round robin juga ya.
Warna automatikYa, diseimbangkan setiap pusingan.
Perlawanan seorangTetap (cth 7), walau 20 atau 200 peserta. Round robin = peserta tolak 1 (50 orang = 49 perlawanan), jadi round robin hanya sesuai untuk 10 orang ke bawah.
  1. Buka Liga Sendiri: Catur, Mod Online, Format Sistem Swiss, Bilangan pusingan 7 (5 jika kurang 16 orang).
  2. Susunan benih Ikut rating, Sumber rating Lichess, kawalan masa cth Rapid 10+5, Pengesahan Lawan sahkan.
  3. Tanda Tanpa had peserta dan isi Tarikh tutup pendaftaran (pada/sebelum tarikh mula).
  4. Tempoh setiap pusingan: 4 hari, Had hubungi lawan: 48 jam. Sistem tunjuk "7 pusingan × 4 hari = 28 hari ✓".
  5. Syarat: pilih Liga fleksibel ikut tempoh hari → 30 hari → Guna. Tambah: "Main di Lichess. Sertakan pautan permainan semasa hantar skor."
  6. Isi hadiah → Buka liga → Banner dan kongsi (juga dalam Lichess Team anda).
  7. Selepas pendaftaran tutup: tab Peserta → Kemas kini terus dari Lichess → Mula pertandingan.
  8. Bila tempoh pusingan tamat: Tutup pusingan (walkover / 0F-0F) → Semak semua di Lichess → semak cadangan → Simpan keputusan pusingan → Jana pusingan Swiss seterusnya.
  9. Selepas pusingan akhir: tamatkan liga → Cetak sijil.

🤖 Mod Autopilot: liga berjalan sendiri

Untuk liga Catur + Sistem Swiss di Lichess, tanda 🤖 Autopilot dalam kotak Tempoh setiap pusingan semasa buka liga. Penganjur tidak perlu menekan apa-apa lagi:

Tarikh mula, 9:00 pagiRating Lichess terkini diambil, benih disusun, pusingan 1 dijana.
Sepanjang pusinganPermainan di Lichess antara pasangan yang dipadankan direkod terus sebagai keputusan rasmi (termasuk jika warna terbalik).
Tamat had hubungi (cth 48 jam)Tiada sesiapa ajak = 0F-0F. Seorang sahaja ajak = dia menang walkover.
Tamat pusinganLawan tak muncul / hanya seorang check-in = walkover. Skor dihantar = diluluskan. Kedua-dua ada log tetapi tiada permainan = 0F-0F.
2 kali kalah walkoverDitanda tarik diri, tidak dipadankan lagi.
Pusingan selesaiPusingan Swiss seterusnya dijana. Selepas pusingan akhir, liga ditamatkan dan juara diumumkan.

Tutup pusingan: walkover & kedua-dua kalah

Tekan Tutup pusingan (walkover / 0F-0F) dalam Kawalan penganjur. Sistem membaca Log Perlawanan dan mencadangkan keputusan untuk setiap perlawanan yang belum selesai:

Tiada sesiapa ajakKedua-dua kalah 0F-0F (0 mata seorang)
Hanya A ajak, B senyapA menang walkover
Setuju masa, hanya A check-inA menang walkover
A lapor tidak muncul, B tiada check-inA menang walkover
Keputusan sudah dihantarLuluskan
Kedua-dua ada logBiarkan: semak Log / Lichess dan tetapkan sendiri

Latihan catur & cabaran Lichess

Untuk berlatih bila-bila masa. Tidak dikira dalam liga, rating atau pangkat.

Puzzle Harian & Lawan Komputer (tanpa log masuk)

  1. Sembang → bilik Latihan Catur (atau kad Latihan Catur Percuma di Dashboard).
  2. Puzzle Harian: puzzle hari ini dari Lichess. Tekan buah, kemudian petak tujuan. Ada Petunjuk dan Jawapan. Selepas selesai, ahli boleh Kongsi ke Sembang Catur.
  3. Jika Lichess tidak dapat dihubungi, puzzle latihan mat (mat dalam 1 dan 2 langkah) dipaparkan.
  4. Lawan Komputer: pilih aras Mudah, Sederhana atau Sukar dan warna, kemudian Permainan baru. Boleh Undur langkah.

Cabar ahli lain di Lichess (ahli log masuk)

  1. Dalam bilik sembang (Umum, Catur, Karom, Dam Aji), tekan Cabar di sebelah butang Hantar.
  2. Pilih kawalan masa (Blitz 3+2, 5+3, Rapid 10+5, 15+10). Satu cabaran terbuka dicipta di Lichess dan tab permainan dibuka untuk anda.
  3. Kad Cabaran Lichess muncul dalam sembang. Ahli pertama yang tekan Terima cabaran akan bermain dengan anda (tanpa rating).
Permainan cabaran tidak direkod sebagai keputusan liga. Untuk perlawanan liga, gunakan pairing di halaman liga.

Senarai semak hari kejohanan (penganjur)

Seminggu sebelum

Pada hari itu

  1. Tutup pendaftaran: tekan Mula pertandingan & jana jadual atau buat undian luar talian.
  2. Cetak Cetak carta (A4) dan Senarai pairing; tampal di dinding dewan.
  3. Kongsi pautan liga dalam kumpulan WhatsApp peserta supaya semua boleh ikuti carta di telefon.
  4. Selepas setiap perlawanan, luluskan skor (atau tetapkan keputusan) supaya pemenang mara.
  5. Selepas final, tekan Cetak sijil untuk penyampaian hadiah.
Tiada internet di dewan? Cetak carta dan borang keputusan lebih awal. Rekod keputusan di kertas, kemudian masukkan dengan Tetapkan keputusan bila ada liputan.

Soalan lazim

Saya sudah bayar tetapi keahlian belum aktif.

Buka semula halaman Akaun; sistem menyemak bayaran secara automatik. Jika masih belum aktif, hubungi admin melalui WhatsApp bersama resit CHIP. Jangan bayar kali kedua.

Siapa boleh ambil percubaan RM5?

Ahli yang belum pernah membayar keahlian. Percubaan hanya sekali. Selepas itu, RM8.60 untuk 4 bulan.

Pasangan beregu saya tidak dapat didaftarkan.

Pastikan kod ahli pasangan betul (dari Akaun → Kod Referral) dan pasangan sudah ahli aktif.

Lawan tidak mengesahkan skor.

Jika liga guna "Lawan sahkan", skor disahkan automatik selepas 24 jam. Jika "Penganjur luluskan", tunggu penganjur meluluskan.

Saya tersilap hantar skor.

Selagi belum disahkan, tekan Hantar semula. Jika sudah disahkan, minta penganjur membetulkannya.

Siapa yang memberi hadiah?

Hadiah ialah tanggungjawab penganjur liga, kecuali liga bertanda RASMI game-negaraku. Yuran tambahan penganjur dikutip terus oleh penganjur.

Bagaimana dapat keahlian percuma sebagai penganjur?

Jika sekurang-kurangnya 10 peserta liga anjuran anda (30 hari terakhir) mendaftar guna kod referral anda.

Bayaran balik?

Lihat Dasar Bayaran Balik.

Masih ada soalan? Tanya AI Coach di laman utama, atau hubungi admin di Hubungi Kami.

Daftar percumaLihat liga